Sejarah

SENARAI NAMA GURU BESAR SKM



Latar Belakang Sk Mahang




Menurut cerita dari orang tua-tua tertentu di Mahang. Sekolah ini dibuka pada tahun masihi 1923 bersamaan tahun hijrah 1344. Ketika itu penghulu mukim Mahang ialah En. Md Daud.
        Penubuhan sekolah ini bermula pada masa En.Md Daud menjadi penghulu di Mukim Mahan. Pada peringkat awal sekolah ini hanya bertempat di bawah rumah perempuan derwaman bernama Hajjah Aishah di kampung bukit kubur ,iaitu sebuah kampung yang terletak kira-kira 1.6km jauhnya ke timur pekan Mahang.
        Gurunya yang pertama ialah En.Salleh bin Jamaludin.Murid-murid pula pada ketika itu seramai 10-15 orang sahaja.Ketika itu sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Mahang.
        Segala perbelanjaan bagi menyediakan kerusi ,meja dan bayaran upah bagi kepada guru-guru adalah hasil mufakat dan sumbangan daripada masyarakat mukim Mahang iaitu dibawah pimpinan Datuk Penghulu En.Md Daud.


Sekarang Sk Mahang Berwajah Baru.



 Pada 2003 SK MAHANG telah berwajah baru dengan bangunan sekolah yang serba baru untuk kegunaan proses P&P. Sekarang sekolah ini diterajui olehTn Hj Mohamad Bin Mat Piah selaku guru besar SK MAHANG. Ia dibantu oleh 32 orang guru yang dari pelbagai latar belakang untuk menjaya misi utama perguruan iaitu mendidik anak-anak Mahang untuk menjadi manusia yang berguna satu  hari nanti. Dari hanya 10-15 orang murid pada awal pemukaannya sekarang SK MAHANG menjadi tempat persekolah bagi hampir 500 orang murid.Semoga sekolah ini dapat berkembang maju selaras dengan wawasan negara.


No comments:

Post a Comment