UNIT Pusat sumber
SK MAHANG
Peraturan-peraturan Penggunaan Perpustakaan
Disiplin
1. Pelajar
diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
2.
Pelajar
mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3.
Pelajar
tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
4.
Pelajar
tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di
dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5.
Pelajar
dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan
berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6.
Pelajar
dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas
digunakan.
7.
Pelajar
tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa
kebenaran.
8.
Pelajar
tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi
guru.
9.
Pelajar
dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang
disediakan.
Bahan-bahan
Perpustakaan
1. Pelajar
mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2.
Akhbar
atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa
keluar dari Perpustakaan.
3.
Buku-buku
yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.
Pakaian
1. Pakaian
mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2.
Jaket,
baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan
dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.
Peringatan:
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar
peraturan Perpustakaan.
No comments:
Post a Comment