Sunday 13 July 2014

Doa Qunut Nazilah Bagi Penduduk Gaza Palestin



doakan rakyat palestin gaza

Dengan berbekalkan doa Qunut Nazilah, umat Islam diseluruh negara boleh mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang kini menderita akibat kekejaman tanpa perikemanusiaan tentera Israel. Allah سبحانه وتعالىsentiasa bersama kita dan penduduk bumi Gaza. Amiinn
Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan setiap batanya).” (Ibid)
.
Selain daripada mendoakan mereka, antum juga turut disaran berjihad kecil dengan menyalurkan sumbangan bantuan ke tabung2 khas yang diwujukan bagi membantu jihad saudara Islam kita di Palestin sana.

.

Wednesday 9 July 2014

Tips Menghadapi Bulan Ramadhan

1. Ikutilah sunnah Baginda SAW

Amalkanlah membaca doa ini:
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Rasulullah SAW sendiri yang mengajarkan doa ini kepada para sahabat. Ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa di luar pengetahuan kita, maka mintalah kepada Allah agar kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan.
buffet puasa ramadan 6 Tips Menghadapi Bulan Ramadhan

2. Persiapkan diri untuk belajar

Diri kita perlu bersedia untuk belajar. Belajar untuk menghayati Ramadhan, tahu makna puasa yang hakiki, faham amalan sunat sepanjang Ramadhan dan mengerti hukum tajwid di dalam al-Quran yang akan dibaca secara bertadarrus. Paling utama, bersedialah untuk belajar mencari taqwa pada bulan Ramadhan serta meletakkan ikhlas dalam setiap amalan.

3. Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan (lagha)

Latihlah diri dan tahanlah nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kita leka dan lalai dari mengingati Allah. Perkara yang dilakukan secara konsisten dan berterusan walaupun ianya merupakan perkara yang lagha, perbuatan tersebut akan menjadi kebiasaan diri yang sukar untuk dibuang. Oleh itu, ketahanan dan latihan yang istiqamah juga diperlukan untuk mengikisnya daripada diri kita.

4. Jaga pandangan dan percakapan

Tahanlah pandangan kita daripada memandang perkara haram dan sia-sia. Tahanlah mulut kita daripada memfitnah, mengumpat, mengeji, memaki serta bercakap perkara-perkara yang sia-sia (lagha). Bersihkanlah pancaindera kita daripada berbuat perkara-perkara tersebut sebelum melangkah ke madarasah Ramadhan. Hal ini kerana, kita akan tetap melakukannya, walaupun dalam bulan yang mulia kerana ianya telah sebati dalam diri kita. Jika ini terjadi, maka akan hilanglah pahala Ramadhan kita.

5. Latih diri serta ajaklah ahli keluarga untuk bangun Qiyamullail bersama-sama

Kita akan lebih mudah untuk melakukan Qiyamullail jika bangun bersama-sama ahli keluarga. Ini merupakan proses penyucian jiwa, selain menjadi latihan untuk bersahur dan mengejar malam al-Qadar. Moga latihan ini akan istiqamah walau Ramadhan telah pun berlalu.
tips bulan ramadhan 6 Tips Menghadapi Bulan Ramadhan

6. Hiasi rumah kita secara fizikal dan rohaninya

Hiaslah dan bersihkanlah rumah kita sepertimana kita menyambut Aidilfitri. Seharusnya, Ramadhan lebih dirai dan ditunggu-tunggu kehadirannya. Hiasilah serta hidupkanlah rumah kita dengan solat jemaah, tadarrus Al-Quran, Qiyamullail, peringatan-peringatan juga zikrullah.

Rebutlah kesempatan istimewa ini

Para pembaca yang sangat menanti kehadiran Ramadhan,
Sebagai hamba Allah yang hina dan sentiasa bergelumang dengan dosa, bulan Ramadhan inilah kesempatan kita untuk bertaubat serta mangharap keampunan Allah SWT. Ramadhan penuh dengan ganjaran pahala yang melimpah-ruah, pintu taubat dan keampunan dibuka seluas-luasnya. Alangkah ruginya kita andai keluar sebagai graduan madrasah Ramadhan tanpa mendapat sijil keampunan serta rahmat sang Pencipta!

Monday 7 July 2014

KHASIAT KURMA DI BULAN PUASA





KHASIAT KURMA

 

 Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Kandungan Kurma Kering
%
Gula
Lebih 50
Protein
Lebih 2
Lemak
Lebih 2
Sumber Mineral
Lebih 2
Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.

Kurma Mencegah Serangan Stroke
•        Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya.  Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma
mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.
Cukup  Lima Butir Sehari..!

Sunday 6 July 2014

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN


Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 ) "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Hadis Berkaitan
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt 5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
.Solat sunat Tarawih
.Solat-solat sunat yang lain
.Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
.Memberikan hidangan berbuka puasa .Banyakkan membaca tahlil
.Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt .Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
.Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
.Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.